Sunday, August 14, 2011

Saya yang bersalah

Jika kamu membaca blog ini.. ertinya ini adalah sejuta maaf dari saya.. Saya yang bersalah kerana telah memberi cinta dan sayang saya yang palsu kepada kamu selama ini.. Ini adalah perkara paling bodoh yang pernah saya lakukan dalam hidup saya.. Seperti yang saya pernah katakan kepada kamu... Selepas ketiadaan Amyra Syaheera saya jadi tak keruan... Siapa Amyra Syaheera?? Biarlah dirahsiakan.. Perbuatan saya selama ini semua diluar jangkauan kotak pemikiran saya.. Ada kadangnya saya gembira dan mula marah2... Saya tidak sedar sebenarnya.. Saat kita bahagia... Saya yang mulakan amarah.. Ya memang saya.. tetapi bukan diri saya.. Kamu tak pernah tahu bagaimana keadaan saya sebab kamu tak berada pada situasi saya.. Saya dah berjanji pada dia untuk terus menyayangi kamu... tetapi perkara yang sedemikian tidak lagi berlaku..  Saya telah luahkan segalanya kepada kamu semalam.. Janji saya hanya janji terhadap dia..Saya harap kamu dapat memaafkan saya walaupun kamu tidak dapat menerima saya semula dalam hidup kamu.. Jika itu benar-benar berlaku.. Izinkan saya melangkah pergi dan melupakan sejarah cinta kita dan apa yang selama ini dilayari bersama.. Jika masih ada ruang untuk kamu merelakan diri kamu untuk dicintai saya semula... katakan lah... saya sedia menunggu...~ tapi jangan terlalu lama.. kerana awak akan membuat seksaan dalam diri saya bertambah.. Kalau awak berkata TIDAK... katakan lah..  Biar diri INI tahu yang dia tidak diperlukan lagi. Terima kasih untuk selamanya.